Bukan kes culik, tapi mahu jumpa adik

Video yang tular sejak malam tadi mendakwa kononnya lelaki menaiki Pajero ditahan di Kampung Mak Sara kerana terbabit kes menculik pelajar sekolah.
Video yang tular sejak malam tadi mendakwa kononnya lelaki menaiki Pajero ditahan di Kampung Mak Sara kerana terbabit kes menculik pelajar sekolah.
A
A
A

BESUT- Polis menafikan dua lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero yang ditahan di tepi jalan besar di Kampung Mak Sara, Jertih, di sini petang semalam terlibat dengan kes penculikan pelajar sekolah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, salah seorang daripada dua lelaki yang ditahan itu sebenarnya ingin mencari adiknya untuk memberikan wang saku.

"Siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 24 tahun beralamat di Kampung Bukit Kuang Tanggol, Kuala Berang, Hulu Terengganu itu sudah lama tidak berhubung dan tidak mempunyai maklumat bahawa adiknya sudah memasuki institusi pendidikan lain sejak dua bulan lepas.

"Oleh kerana itu, dia bersama rakannya berusia 40 tahun yang memandu Pajero berada di sebuah sekolah di kawasan tersebut," katanya.

Mohd Zamri berkata lagi, hanya pada jam 7.30 malam barulah lelaki itu menerima mesej daripada adiknya memberitahu lokasi sebenar sekolahnya yang beralamat di Kampung Raja di sini.

Menurutnya, sebelum itu polis mendapat maklumat mengenai kenderaan tersebut dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki kononnya ingin menculik pelajar di sekolah tersebut.

"Anggota polis dari kereta peronda (MPV) berjaya mengesan Pajero itu di Kampung Mak Sara dan menahan kedua-dua lelaki itu.

"Siasatan mendapati mereka tidak ada kes penculikan berlaku dan pemeriksaan dalam kenderaan tidak menemui barang menyalahi undang-undang," katanya.

Bagaimanapun kedua -dua mereka yang bekerja sebagai buruh kontrak bersih kolam sisa pembuangan minyak ladang kelapa sawit terpaksa ditahan selepas saringan air kencing mendapati positif dadah dan disiasat menurut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: