Presiden Lubnan pilih bekas PM Mikati bentuk kerajaan baharu

Najib Mikati
Najib Mikati
A
A
A

BEIRUT - Presiden Lubnan memilih bekas Perdana Menteri, Najib Mikati untuk membentuk kerajaan baharu, kata pejabat presiden pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, pengumuman itu dibuat selepas Parlimen yang diketuai Presiden, Michel Aoun mengadakan perbincangan di istana presiden di Baabda, timur ibu negara Beirut.

Mengulas mengenai pemilihannya, Mikati memberitahu sidang akhbar di Istana Baabda beliau akan membentuk kerajaan yang kukuh demi melindungi kepentingan ekonomi dan negara.

"Saya telah mendapat jaminan yang diperlukan untuk keluar daripada krisis yang sedang dilalui Lubnan," tambahnya.

Mikati adalah ahli parlimen Tripoli, pernah dua kali mengetuai kerajaan Lubnan pada 2005 dan 2011.

Rundingan parlimen itu dilakukan berikutan pengunduran pemimpin Gerakan Masa Depan Lubnan Saad Hariri selepas gagal membentuk kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: