X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Pemimpin politik rosak jika pisahkan agama: Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin politik akan rosak dan boleh berubah menjadi penipu sekiranya memisahkan politik daripada agama, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, pemimpin sedemikian hanya menyebut mengenai keperluan integriti, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang tetapi tidak mengamalkan apa yang dikatakan.

Katanya, situasi itu menjadi penyakit kronik kepada sekularisme dan ideologi yang dibawa walaupun pemikir atau golongan dinamakan sebagai ahli falsafah dalam kalangan mereka melakukan perubahan atau reformasi.

“Rasulullah SAW telah memberi amaran bencana akan menimpa umat Islam apabila berlakunya beberapa perkara antaranya, apabila amanah yang besar (menjadi pemimpin) dianggap sebagai peluang keemasan untuk mendapat habuan.

“Maka, jawatan yang penting dalam politik berkonsepkan sekularisme akan diusahakan untuk mendapatkannya secara rakus, tanpa akhlak dan maruah diri.

“Sehingga ada kalangan yang berusaha mendapatkannya dengan apa sahaja cara sekalipun, sehingga matlamat menghalalkan cara,” katanya menerusi satu tulisan Minda Presiden Pas di Facebook beliau pada Selasa.

Ujar Ahli Parlimen Marang itu, pemimpin politik yang bersama rakan sekutu di bawah pemerintahan negara komunis dan sosialis, didapati menjadi lebih penyangak daripada negara kapitalis selepas mereka hilang kuasa atau meninggalkan ideologi itu.

Katanya, amalan politik berkonsepkan liberal kapitalisme yang bertopengkan demokrasi suara rakyat juga akan berbuat demikian secara terbuka kerana menganggap kebanyakan rakyat mudah ditipu dan lupa.

“Islam mengharamkan pemerintah kuku besi yang memaksa rakyat. Konsep yang diharamkan ini sering kali wujud dalam pemerintahan sekularisme, termasuk dalam sistem demokrasi apabila sampai ke puncak kuasa kerana tidak beriman,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!