KKM mohon RM1.14 bilion peruntukan tambahan

KKM memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion bagi menampung keperluan semasa membendung penularan jangkitan Covid-19. - Foto fail Bernama
KKM memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion bagi menampung keperluan semasa membendung penularan jangkitan Covid-19. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion bagi menampung keperluan semasa membendung penularan jangkitan Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, permohonan dibuat daripada Kementerian Kewangan pada 7 Julai lalu.

“Berdasarkan perkembangan semasa, terdapat keperluan untuk peruntukan tambahan. Dalam hal ini, KKM telah memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion daripada Kementerian Kewangan pada 7 Julai 2021.

"Ia untuk 'reagen', 'consumables', peralatan pelindungan diri (PPE), penyumberluaran pesakit ke hospital swasta, 'outsourcing' ujian makmal dan sebagainya,” katanya pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Selasa.

Beliau juga berkata, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta lagi kepada KKM bagi tujuan penyumberluaran perkhidmatan kesihatan ke hospital swasta dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes di Lembah Klang.

“Penyumberluaran bagi kes selain daripada Covid-19 ini bertujuan meningkatkan kapasiti hospital awam bagi merawat kes-kes Covid-19,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!