X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang punca peningkatan kes Covid-19 di Johor

Keadaan pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen. Gambar hiasan.
A
A

JOHOR BAHRU - Sektor perkilangan dikenal pasti penyumbang tertinggi peningkatan kes Covid-19 di negeri ini apabila merekodkan jumlah aktif 82 kluster setakat Isnin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, penularan utama dilaporkan berlaku dalam kalangan pekerja yang tinggal di asrama selain ujian bersasar yang dijalankan menyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19.

"Sehingga semalam (Isnin), bilangan kluster aktif di negeri ini adalah sebanyak 154 kluster dan daripada jumlah tersebut, 82 kluster (53 peratus) adalah penularan dalam industri), 30 kluster (19 peratus) di dalam komuniti, 27 kluster (18 peratus) di dalam institusi, 10 kluster (enam peratus) di pasar raya, tiga kluster (tiga peratus) tahanan dan dua kluster (satu peratus) import A.

"Beberapa penyebab peningkatan kes semasa telah dikenal pasti yang mana faktor utama adalah kejadian kes dalam kalangan sektor perkilangan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Vidyananthan lagi, seramai 828,921 individu di negeri ini telah menerima dos pertama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi fasa 2 bermula 29 April lalu.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 322,233 individu telah lengkap menerima dos kedua.

"Ini menjadikan kumulatif penerima vaksin bagi suntikan dos pertama bagi negeri ini sebanyak 900,544 (32.7 peratus) dan daripada jumlah tersebut 389,237 (13.9 peratus) telah lengkap menerima dos kedua," katanya.

Tambahnya, setakat ini, sebanyak 231 Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) telah beroperasi di Johor melibatkan 41 PPV awam, 12 PPV mega, tiga PPV industri dan 175 PPV swasta.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!