Sivaarraajh nafi beri wang pada Tok Batin

x-default
x-default
A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC, C Sivarraajh menafikan dirinya menawarkan wang kepada Ketua Kampung Orang Asli sebagai balasan bagi mendapatkan undi dalam PRU14 lalu bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Memetik laporan Malaysiakini, Sivarrajh mendakwa terdapat ‘ejen’ yang menyerahkan wang kepada Ketua-ketua Kampung Orang Asli menjelang PRU14 dan bukan beliau yang berbuat demikian.

"Saya tidak memberi wang kepada Tok Batin (Orang Asli). Dan bahkan kesemua bukti di mahkamah menunjukkan bahawa saya tidak memberikan apa-apa wang.

"Menurut penghakiman, ia mengatakan ejen memberikan wang...Yang sudah pasti kamu sendiri tahu ada calon lain juga bertanding selain saya. Beliau (hakim) juga tidak menuduh saya atas sebarang rasuah, beliau mengatakan tidak ada bukti terhadap saya secara langsung," katanya seperti dilapor portal berita berkenaan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah batalkan keputusan PRU14 Parlimen Cameron Highland]

Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei lalu yang memberikan kemenangan kepada calon BN, adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Ahli Parlimen kawasan itu.

Dalam penghakimannya, Azizah berkata, beliau berpandangan bahawa pempetisyen, M Manogaran iaitu calon DAP, berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa wujud amalan rasuah yang mana wang itu diberikan kepada pengundi.

Artikel Berkaitan: