X

Kindly register in order to view this article
!

PGA rampas 14,410 karton rokok tidak bercukai

Sindiket pengedaran rokok tidak bercukai berjaya ditumpaskan selepas menahan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di Subang Jaya, pada Isnin.
A
A

SUBANG JAYA - Pasukan polis daripada Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai selepas menahan lima lelaki dalam dua serbuan berasingan di Subang Jaya pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Superintendan Rizal Mohamed berkata, serbuan pertama berjaya menahan empat lelaki warga tempatan bersama sebuah kenderaaan di sebuah premis di USJ di sini pada jam 1 petang.

"Kita berjaya menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 24 tahun. Hasil pemeriksaan, kita menjumpai sejumlah rokok tidak bercukai pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam kenderaaan tersebut," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Rizal berkata, pemeriksaan lanjut di dalam premis, pihaknya menemui sejumlah rokok tidak bercukai.

"Kita telah merampas 2,110 karton rokok yang tidak bercukai dengan anggaran nilai RM191,500 dan nilai cukai berjumlah RM291,350 serta sebuah kenderaaan," katanya.

Rizal berkata, serbuan kedua pula, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20 tahun di sebuah premis di Jalan Perindustrian di sini pada jam 4 petang.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 2,300 karton rokok tidak bercukai di dalam premis itu. Anggaran nilai rampasan sebanyak RM207,000 dengan anggaran nilai cukai RM324,300," katanya.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan melibatkan 14,410 karton rokok tidak bercukai yang bernilai RM398,500 dengan nilai cukai RM615,650.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!