Sultan Selangor terima menghadap Ketua Perwakilan Malaysia baharu

Sultan Sharafuddin (tengah) dan Tengku Amir (depan, kanan) menerima menghadap Ketua Perwakilan Malaysia baharundi Istana Bukit Kayangan, baru-baru ini. - Gambar ihsan Facebook Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin (tengah) dan Tengku Amir (depan, kanan) menerima menghadap Ketua Perwakilan Malaysia baharundi Istana Bukit Kayangan, baru-baru ini. - Gambar ihsan Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Perwakilan Malaysia baharu terdiri daripada empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi di Istana Bukit Kayangan, di sini baru-baru ini.

Selangor Royal Office yang memuat naik status di Facebook memaklumkan, antara mereka yang diterima menghadap ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Shah Raja Zaib.

Kenyataan itu memberitahu, Raja Reza merupakan anak kelahiran Selangor yang sebelum ini Duta Besar Malaysia ke Ukraine.

Menurut kenyataan itu, turut menghadap, Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia di Kementerian Luar.

Kenyataan itu memaklumkan, hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Roslan Abdul Rahman yang pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Azerbaijan dan Cuba serta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Anizan @ Siti Hajjar Adnin yang sebelum ini menjawat jawatan Penolong Setiausaha (Asia Tenggara) di Kementerian Luar.

"Pada pertemuan ini, Sultan Sharafuddin diberi taklimat ringkas mengenai isu-isu berkaitan hubungan antarabangsa di antara Malaysia dan negara-negara terlibat," kata kenyataan itu pada Selasa.

Turut berangkat pada pertemuan itu ialah, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Artikel Berkaitan: