Varane bakal hadapi masalah jika sertai United

Varane
Varane
A
A
A

RAPHAEL Varane dinilai akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya menyertai Manchester United.

Varane yang juga pertahanan Real Madrid dilaporkan semakin hampir untuk menyertai United selepas kedua-dua kelab itu sudah mencapai kata sepakat dengan nilai perpindahan £41 juta (RM 239 juta).

Pemain berusia 28 tahun itu juga dilaporkan akan diikat di Old Trafford oleh United dengan kontrak selama empat tahun sehingga 2025.

Bagi legenda United, Rio Ferdinand menyifatkan Varane memerlukan masa untuk cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas di EPL dan sangat berbeza dengan apa yang diharunginya di Liga Sepanyol.

"Atas kertas memang akan nampak kombinasu terbaik di barisan pertahanan United. Namun, Varane perlu memahami gaya permainan di EPL sangat berbeza. Menentang pasukan seperti Burnley dan sebagainya adalah amat sukar.

"Bola akan selalu berlegar dengan banyak hantaran silang dan sebagainya. Itu bukan perkara biasa di Sepanyol. Di sanna, mereka lebih banyak bermain dengan bola di bahagian bawah dan serangan mereka juga agak lambat.

"Bermain di EPL, dia akan diminta bertahan dengan cara yang berbez dan di situ dia perlu cepat menyesuaikan diri dan menunjukkan kemampuannya. Bolehkah dia beradaptasi?," katanya.

United mahu merekrut Varane bagi menyelesaikan masalah di benteng pertahanan mereka selepas The Red Devil menjadi antara pasukan yang bolos dengan jaringan besar iaitu 44 gol dalam saingan EPL musim lalu.

Artikel Berkaitan: