[VIDEO] Bandar raya China dilanda ribut pasir

Kepulan debu melanda bandar raya Dunhuang, China pada Ahad. - Foto Twitter/DNeilSchmid
Kepulan debu melanda bandar raya Dunhuang, China pada Ahad. - Foto Twitter/DNeilSchmid
A
A
A

BEIJING - Satu rakaman video menunjukkan bandar raya Dunhuang, China hilang di balik kepulan debu setinggi lebih 91 meter yang datang dari arah Gurun Gobi pada Ahad.

Rakaman itu dilakukan seorang penduduk yang berkongsi video berkenaan menerusi Twitter.

Dalam rakaman tersebut, bandar raya berkenaan hilang ketika ribut debu itu bergerak perlahan-lahan ke arah Dunhuang.

Polis terpaksa menutup jalan-jalan utama dan meminta pengguna-pengguna jalan raya ke kawasan perkhidmatan selepas jarak penglihatan terbatas kurang enam meter.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, ribut itu melanda pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.

Dunhuang dikenali mempunyai cuaca yang berdebu.

Pada Jun lalu, penduduk di bandar raya Hotan di barat China pernah mengalami masalah seperti itu. - Agensi

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)