Lelaki bawa syabu ditahan di SJR Plaza Tol Kajang

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membawa dadah jenis syabu di SJR Plaza Tol Kajang pada Sabtu. (Gambar hiasan)
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membawa dadah jenis syabu di SJR Plaza Tol Kajang pada Sabtu. (Gambar hiasan)
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki warga tempatan ditangkap kerana disyaki membawa dadah jenis syabu semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Kajang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, anggota SJR ketika menjalankan penugasan Ops Covid-19 menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan pada jam 10 malam.

"Pemeriksaan lanjut kita menemui satu peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 51.45 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid Hassan
Mohd Zaid Hassan

Mohd Zaid berkata, suspek berusia 20-an bersama kenderaan dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

"Jumlah harga pasaran jenis dadah itu bernilai RM5,145 dan boleh dibekalkan kepada kira-kira 51 penagih dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan: