X

Kindly register in order to view this article
!

Ekosistem Internet Quinton Group wujud peluang pekerjaan

Quinton Group bantu usahawan jana pendapatan menerusi ekosistem Internet.
A
A

Pemimpin yang mempunyai hala tuju jelas mampu mengetuai ahli pasukannya untuk mengejar impian, membangunkan platform dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat umum.

Itulah matlamat yang dibawakan oleh Quinton Group, ditubuhkan pada tiga setengah tahun lalu untuk memanfaatkan kelebihan internet dan trend pendigitalan di peringkat global.

Quinton Group membawa objektif “mewujudkan ekosistem internet yang terbaik untuk perusahaan tempatan” dan muncul sebagai syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan menepati keperluan dan kehidupan seharian masyarakat.

Quinton Group menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian dan atas talian. Antara perkhidmatan atas talian adalah:

Platform Quin Reward - ganjaran kepada pengguna yang berbelanja dalam talian

Platform Quick Sent - perkhidmatan penghantaran makanan

Platform Quin Pavilion - menawarkan kemudahan membeli-belah dalam talian

Platform Cineplus - hiburan

Platform Comepulse - khusus kepada perubatan dan penjagaan kesihatan

Sementara perkhidmatan dalam talian juga merangkumi lima buah hotel, restoran Bapak Sayang dan lapan cawangan Quin Mart.

Kesemua platform ini dibangunkan untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana melaksanakan pelan transformasi perniagaan, di samping memanfaatkan perubahan corak perbelanjaan orang ramai berikutan pandemik selain mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

Seluruh warga Quinton Group menggalas misi untuk menjadi peneraju platform yang dilengkapi dengan perkhidmatan dalam talian terbaik di rantau Asia Tenggara serta mendukung visi untuk memudahkan orang ramai mencipta nilai dengan memanfaatkan ekosistem internet Quinton.

Sejak penubuhan di Pulau Pinang, Quinton Group telah membuka jalan kepada ramai pengusaha untuk menggerakkan pelan transformasi perniagaan dan memacu perusahaan mikro, kecil dan sederhana melebarkan sayap ke peringkat global.

Dengan 19 pusat perkhidmatan di seluruh negara, lebih daripada 500,000 pengguna dan 22,000 peniaga, perkhidmatan Quinton Group kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Srategi pemasaran, terokai pasaran

Peneraju dan kakitangan Quinton Group.
Peneraju dan kakitangan Quinton Group.

Sejak awal penubuhan, Quinton Group telah menerapkan strategi pemasaran yang berbeza untuk meneroka pasaran di bandar-bandar peringkat kedua dan ketiga, seperti Taiping di Perak, Kedah, Butterworth di Pulau Pinang, Terengganu dan Malaysia Timur.

Quinton group telah menumbuhkan keyakinan kepada semua peniaga dan individu berbakat di kawasan tersebut menyertai ekosistem internet Quinton sebagai pedagang atau Business Planner, di samping menyediakan peluang transformasi digital kepada pedagang setempat dan membantu perusahaan mikro melaksanakan program transformasi perniagaan mereka.

Quinton Group berjaya menembusi pasaran bandar peringkat pertama di Selangor pada tahun ini dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan yang meliputi 13 zon dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Perkhidmatan penghantaran Quinton Group kini meliputi lebih daripada 45 zon di seluruh negara dan kadar komisen yang dikenakan adalah antara yang terendah di pasaran.

Hasil usaha pasukan elit

Pengurus Besar, Dr. Maggie Lim.
Pengurus Besar, Dr. Maggie Lim.

Ramai pengusaha membina kerjaya pada usia muda tetapi mengalami pelbagai rintangan kerana kurang pengetahuan dan pengalaman.

Quinton Group menggalakkan penyertaan generasi muda sebagai Business Planner untuk membina kerjaya selain membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana menggerakkan program transformasi perniagaan.

Pengurus Besar, Dr. Maggie Lim menjelaskan, Business Planner yang diwujudkan oleh Quinton Group bakal pekerjaan kepada orang ramai. Business Planner dilatih untuk membantu pengusaha merancang pelan transformasi serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran menerusi teknologi internet dalam perniagaan mereka.

Pengusaha yang menyertai ekosistem Quinton juga berpeluang memanfaatkan sistem pengiklanan Quinton yang unik untuk meningkatkan daya saing.

“Business Planner dipandang sebagai kerjaya yang sangat bermakna untuk meraih ganjaran dengan cara membantu pengusaha meningkatkan keuntungan melalui perniagaan dalam talian.

“Selain membantu pengusaha membuat perancangan, Business Planner juga dapat membantu pengguna untuk merancangkan perbelanjaaan mereka.

“Ini dapat dilakukan dengan membantu pengguna memanfaatkan ekosistem Quinton bagi mengurangkan kos sara hidup. Sebagai ganjaran, Business Planner dapat menikmati perbelanjaan pengguna di masa depan dalam bentuk rebat tunai,” katanya.

Quinton Group memperkenalkan model pemasaran baharu kepada seberapa ramai pedagang dan pengguna bagi memudahkan proses penerokaan pasaran baharu yang lebih luas.

Quinton Group menjadikan Business Planner sebagai projek persediaan untuk menghadapi cabaran ekonomi pasca pandemik.

Dengan sistem sokongan yang sempurna untuk membantu membina kerjaya orang ramai, Quinton Group berjaya melahirkan lebih 5,000 Business Planner yang berkelayakan di seluruh Malaysia.

Quinton Group sentiasa komited membantu pedagang dan Business Planner menjana pendapatan berterusan dan memastikan masa depan mereka terjamin.

“Jadi, mereka perlu berani untuk menjadi pedagang dan Business Planner demi merebut peluang meluaskan pasaran dan rangkaian sosial mereka, seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk diri mereka,” jelas Dr Maggie.

ERS dan Subsidi Kaw Kaw

Pelbagai progam dianjurkan menerusi 3 platform iaitu Quin Reward, Quick Sent dan Quin Pavilion.
Pelbagai progam dianjurkan menerusi 3 platform iaitu Quin Reward, Quick Sent dan Quin Pavilion.

Bagi membantu mengelak risiko perniagaan gulung tikar, Quinton Group telah melancarkan program Subsidi Kaw Kaw kepada pedagang melalui platform Quin Reward sejak PKP 1.0.

Selaras dengan pelancaran Subsidi Kaw Kaw 2.0 melalui tiga platform utama termasuk Quin Reward, Quick Sent dan Quin Pavilion bertindak membantu pedagang melaksanakan program pendigitalan, membantu pengguna jimat berbelanja dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Peluang pekerjaan turut diwujudkan untuk membantu orang ramai menjana pendapatan berterusan dengan bekerja sebagai penghantar atau Business Planner.

Program ERS memanfaatkan kelebihan platform dalam talian dan atas talian Quinton Group bagi membantu lebih ramai orang menyara hidup dan mampu membebaskan diri daripada belenggu krisis kewangan dan atau tekanan kehilangan pekerjaan.

Food Bank Quin Mart

Quinto Group turut menganjurkan food bank di lapan cawangan Quin Mart.
Quinto Group turut menganjurkan food bank di lapan cawangan Quin Mart.

Program ‘Food Bank’ di lapan cawangan Quin Mart di seluruh Malaysia diwujudkan untuk menyalurkan barangan keperluan asas atau makanan kepada sesiapa yang memerlukan. Tiga platform atas talian, iaitu Quin Reward, Quick Sent dan Quin Pavilion pula bertindak membantu pengusaha menjayakan program transformasi digital perniagaan mereka.

“Food Bank disediakan di depan setiap cawangan Quin Mart. Sesiapa yang perlu boleh mengambil apa yang perlu. Mereka yang berhasrat memberi sumbangan sangat dialu-alukan.

“Program Food Bank kami menerima sokongan padu daripada pelbagai sektor termasuk Syarikat Vit’s dan Ai Jiang yang menaja bekalan makanan. Junior Chamber International Malaysia (JCI) pula membantu publisiti program kami,” ujar Dr. Maggie.

8 Food Bank Quin Mart

1. Quin Mart Enterprise di Jalan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah

2. Q Mart Taiping Trading di Jalan Taiping, Perak

3. Quin Mart SGT Sdn Bhd di Segamat, Johor

4. Quin Mart Enterprise di Taman Saga, Seremban, Negeri Sembilan

5. Q Mart Trading di Sungai Petani

6. Quin Zen Sdn Bhd di Bayan Lepas, Pulau Pinang

7. Myer Grocer Sdn Bhd di Jelutong, Pulau Pinang

8. 11 Mini Market di Seapark, Petaling Jaya

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Wilson Ang di talian 018-9102269 atau layari https://quintongroup.asia/

Peluang bina kerjaya baru

Pengurus Kanan Kawasan Quinton Group, Rosman Mohd Roslan.
Pengurus Kanan Kawasan Quinton Group, Rosman Mohd Roslan.

Bidang perniagaan kini tidak sekadar menjadi alternatif menjana pendapatan, namun satu platform yang mampu membina satu lagi kerjaya baharu sebagai pengurus perniagaan (Business Planner).

Pengurus Kanan Kawasan Quinton Group, Rosman Mohd Roslan berkata, syarikat kini mempunyai lebih 5,000 pengurus perniagaan yang membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana seluruh negara melaksanakan program transformasi perniagaan.

Menurutnya, Quinton Group kini mahu menawarkan lebih banyak peluang Business Planner untuk membantu mengembangkan lagi potensi jualan peniaga-peniaga kecil, seterusnya mendapat manfaat ganjaran tunai yang diperuntukkan syarikat.

“Semua orang boleh menjadi Business Planner. Kami mensasarkan penambahan sekurang-kurangnya 5,000 Business Planner lagi sehingga hujung tahun ini.

“Tiada sebarang caj dikenakan dan kami menyediakan latihan untuk memastikan Business Planner bertaraf profesional dapat dilahirkan.

“Mereka akan membantu peniaga-peniaga kecil merancang dan menukar bentuk perniagaan kepada jualan atas talian. Mereka juga berperanan menerapkan teknologi internet dan membantu peniaga meningkatkan daya saing melalui sistem pengiklanan kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Ekosistem Quinton Group dilengkapi dengan pelbagai platform untuk menyediakan kemudahan dan membantu pengusaha melancarkan transformasi digital khususnya menggunakan perkhidmatan penghantaran iaitu ‘Quick Sent’.

Kemudahan yang disediakan syarikat 100 peratus milik tempatan itu menjanjikan tawaran caj perkhidmatan yang jauh lebih

rendah dan berpotensi besar untuk berkembang lebih maju.

“Ramai pengurus perniagaan pada awalnya hanya separuh masa mampu menjana pendapatan lumayan dan akhirnya menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa.

“Mereka teruja kerana khidmat Business Planner ini telah membantu meluaskan lagi pasaran perniagan mereka. Antaranya membabitkan perniagaan nasi lemak kukus yang dikendalikan bekas pramugara dan juruterbang di Negeri Sembilan,” katanya.

Penasihat Syariah Quinton Group, Mohd Fakhurrazi Mohd Hanapi.
Penasihat Syariah Quinton Group, Mohd Fakhurrazi Mohd Hanapi.

Sementara itu, Penasihat Syariah Quinton Group, Mohd Fakhurrazi Mohd Hanapi (PU Razi) menyifatkan inisiatif syarikat memperkenalkan kerjaya baharu itu untuk membantu peniaga kecil adalah satu tambah nilai kepada rakyat ketika krisis pandemik Covid-19.

Katanya, ia adalah peluang yang perlu dimanfaatkan kerana tidak wujud sebarang keraguan khususnya dari segi hukum syarak berhubung kaedah pendapatan itu dapat dijana.

“Dari sudut agama Islam tiada sebarang isu yang bercanggah dengan hukum agama. Sepatutnya ini adalah peluang untuk semua gunakan sebarang platform yang disediakan syarikat untuk membantu jana pendapatan dan bantu golongan yang terjejas.

“Lebih ramai yang terlibat, lebih ramai akan dapat dibantu. Kitaran ini akan membantu rakyat Malaysia untuk jangka masa panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Quinton Group mengambil langkah menaiktaraf sistem kerjaya pengurus perniagaan secara menyeluruh sebagai penambahbaikan.

Usaha meningkatkan sistem kerjaya pengurusan perniagaan itu merupakan sebahagian daripada perlaksanaan Strategi Pemulihan Ekonomi (ERS) oleh Quinton Group. Ia sebagai usaha jangka panjang membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Antara lain, ERS turut meliputi program yang digerakkan melalui ekosistem Quinton iaitu Program Subsidi Kaw-Kaw 2.0 melalui empat platform utama syarikat, Quin Reward, Quick Sent, Quin Pavilion dan Quin Mart.

Quin Reward, Quick Sent, Quin Pavilion akan membantu pengusaha menjayakan program transformasi digital untuk perniagaan mereka, membantu pengguna jimat berbelanja termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Sementara itu, kelapan-lapan cawangan Quin Mart di seluruh Malaysia pula akan menyalurkan makanan dan barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan melalui Food Bank tajaan Syarikat Vit’s dan Ai Jiang yang disediakan di depan setiap cawangan.

Info kerjaya business planner:

Tiada bayaran dikenakan,

Latihan disediakan,

Mesti lulus ujian yang disediakan setelah tamat latihan,

Tiada had umur,

Bertanggungjawab merancang dan mengubah bentuk perniagaan offline kepada online dengan menggunakan kemudahan platform disediakan syarikat, dan

Pihak syarikat akan memperuntukkan peratusan tertentu daripada hasil jualan pengusaha sebagai ganjaran wang tunai kepada Business Planner.

Siapa di sebalik Quinton Group

Stanley Song
Stanley Song

Ketua Pegawai Pemasaran, Stanley Song menyertai Quinton Group pada 2018 khusus dalam

bidang pemasaran, pengurusan dan perancangan strategik.

“Setelah menyaksikan sendiri peningkatan jualan dalam talian, mereka bertambah yakin dan lebih bersedia untuk mengajak lebih ramai pedagang dan individu menyertai Quinton

Group sebagai pedagang atau Business Planner.

“Pengusaha perniagaan konvensional biasanya mengambil masa lebih lama untuk menerima dan percaya manfaat yang dibawa oleh platform baharu ini.

“Platform kami kini meraih kepercayaan pedagang berbilang kaum yang teruja dengan peningkatan hasil jualan dan pelanggan mereka.”

CJ Seow
CJ Seow

Ketua Pegawai Pemasaran, CJ Seow berjaya membina pasukan hebat melalui proses duplikasi dan latihan apabila menyertai Quinton Group pada 2018. Beliau berjaya meneroka pasaran Terengganu dan Pahang bersama pasukannya.

“Platform Quin Pavilion telah menyaksikan ramai pengusaha beralih daripada perniagaan berasaskan kedai fizikal kepada perniagaan dalam talian.

“Melalui transformasi perniagaan ini, mereka dapat menjimatkan sewa kedai, menjangkau khalayak yang lebih luas dan menjana keuntungan lebih tinggi.

“Melalui platform Quick Sent, pedagang dapat meningkatkan hasil jualan dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran lebih cekap kepada pelanggan pada kadar komisen terendah dan penjimatan kos upah penghantar.”

Teddy Lim
Teddy Lim

Timbalan Ketua Pegawai Pemasaran, Teddy Lim menyertai Quinton Group pada 2018 kerana

teruja dengan potensi dan prospek perniagaannya.

Beliau telah menyaksikan sistem pengurusan Quinton Group yang semakin cekap dan sistematik, serta pembangunan ekosistem yang lengkap.

“Kami telah memberi perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat tempatan dan bersedia untuk meluaskan sayap ke pasaran serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam.”


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!