X

Kindly register in order to view this article
!

Arak seludup bernilai RM192,900 dirampas

Suspek bersama arak yang dirampas dalam satu operasi di Taman Delima, Kluang pada Isnin.
A
A

KLUANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis arak seludup dianggarkan bernilai RM192,900 dalam satu operasi di Taman Delima di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, penahanan tersebut dilakukan kira-kira jam 5.30 petang.

"Empat lelaki berumur lingkungan 22 hingga 31 tahun ditahan ketika sedang memunggah arak dari sebuah lori. Sebanyak 300 kotak bersamaan 3,600 botol arak yang tidak mempunyai cukai kastam dirampas.

"Turut dirampas ialah sebuah lori dan sebuah van yang digunakan dalam aktiviti penjualan arak tidak bercukai tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Dimin, arak seludup berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar daerah Kluang.

"Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!