X

Kindly register in order to view this article
!

Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

Video tular menunjukkan seorang lelaki sedang mengamuk menggunakan parang dalam kejadian di Sungai Petani pada Ahad.
A
A

SUNGAI PETANI - Polis sedang menyiasat pergaduhan dua beradik membabitkan penggunaan parang di sebuah kedai yang tular di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua lelaki berusia 29 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan mendapati pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham berkaitan hutang.

"Semakan lampau mendapati kedua-duanya tidak mempunyai rekod lampau jenayah.

"Saringan air kencing bagaimanapun mendapati dua beradik itu negatif daripada penyalahgunaan dadah," katanya di sini pada Selasa.

Adzli berkata, kedua-dua beradik itu telah dibebaskan dengan jaminan polis disebabkan faktor kesihatan.

Beliau turut memohon orang ramai supaya tidak memanipulasikan video tular berkenaan termasuk memuat naik di media sosial, sebaliknya meminta sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali," jelas beliau.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi kira-kira tiga minit memaparkan tindakan seorang lelaki yang mengamuk dengan memegang parang.

Berikutan kejadian itu, polis menerima satu laporan polis kira-kira jam 1 petang Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!