X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 global lebih 194.5 juta, 4.16 juta kematian

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.16 juta. - Foto Bernama
A
A

LEBIH 400,000 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif kes positif global ketika ini melebihi 194.5 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.5 juta kes, diikuti India dengan lebih 31.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.6 juta kes.

Negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis dan Rusia, manakala Turki dan United Kingdom melebihi 5.5 juta kes.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan menghampiri 3.2 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.5 juta.

Malaysia turut melepasi 1 juta kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 500,000 dan lebih 64,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.16 juta.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 610,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 549,000 kes, India lebih 420,000 kes, Mexico lebih 238,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 83,000 kes korban, Filipina di tangga kedua dengan lebih 27,000 diikuti Malaysia lebih 8,000 kematian dan Thailand lebih 4,000 angka korban.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!