X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis rampas kayu oak putih dari Jerman

Maqis
A
A

KUANTAN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 31,480 kilogram kayu oak putih dari Jerman bernilai RM96,055.21 di Pelabuhan Kuantan di sini pada Ahad.

Maqis menerusi kenyataan pada Isnin berkata, rampasan itu dibuat menerusi pemeriksaan rutin pada jam 3.15 petang dan kayu itu dipercayai dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan untuk pasaran di negara ini.

"Barang dagangan itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mematuhi syarat import MAQIS iaitu tidak menyatakan rawatan dalam sijil fitosanitasi sebagaimana dinyatakan permit, lesen dan perakuan," menurut kenyataan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan bagi kali pertama. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!