Ronaldo kembali semula ke Turin

Ronaldo bergambar bersama penyokong Juventus sebaik tiba di pusat perubatan kelab tersebut di Turin. - Foto AFP
Ronaldo bergambar bersama penyokong Juventus sebaik tiba di pusat perubatan kelab tersebut di Turin. - Foto AFP
A
A
A

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo kembali semula ke Turin pada Isnin bagi menjalani pemeriksaan kesihatan menjelang saingan baharu liga Itali bersama empat lagi pemain kelab tersebut yang terlibat dengan Kejuaraan Euro 2020 sebelum ini.

Penjaring Terbanyak Serie A musim lalu berusia 36 tahun itu yang masih mempunyai baki kontrak setahun bersama Juventus tiba di pusat perubatan kelab tersebut sambil disambut penyokong-penyokong setia The Old Lady berkenaan yang mahu mendapatkan tanda tangan bintang Portugal tersebut.

Status bekas bintang Real Madrid dan Manchester United yang sudah meledak 101 gol untuk kelab itu dalam 133 perlawanan bersama Juventus sebelum ini menimbulkan persoalan apabila kelab tersebut terlepas kejuaraan utama liga selepas sembilan tahun.

Bagaimanapun kehadiran Ronaldo bersama Dejan Kulusevski, Matthijs De Ligt, Aaron Ramsey dan Adrien Rabiot dijangka terlerai apabila akan menemui

pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dan pengurusan kelab untuk memperjelaskan mengenai masa depannya.

Artikel Berkaitan: