BSN jangka kenaikan 10 peratus dalam perbelanjaan kad kredit tahun ini

No Image Caption
A
A
A

BANK Simpanan Nasional (BSN) menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam transaksi kad kreditnya tahun ini kerana pandemik Covid-19 mendorong perbelanjaan yang lebih banyak dalam talian dan e-dagang.

Ketua Pegawai Perniagaan, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, pihak bank mendapati pertumbuhan yang lebih besar dalam perbelanjaan e-dagang dan tambah nilai e-dompet kerana ramai pemegang kad kredit menggunakan kad kredit untuk menambah nilai e-dompet mereka dan memilih transaksi tanpa tunai.

“Sehingga Jun 2021, BSN mencatat pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus dalam transaksi kad kredit berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dengan kata lain, BSN mencatatkan pertumbuhan sebanyak 84 peratus dalam transaksi kad debit berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Kami juga mencatatkan tambah nilai e-dompet sebanyak RM14 juta menggunakan kad kredit BSN pada Mac 2021, berbanding RM1.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu (Mac 2020),” katanya kepada Bernama.

BSN juga merancang untuk menarik lebih ramai pengguna kad kredit yang aktif dengan melancarkan kempen, promosi dan keistimewaan peniaga untuk ahli sedia ada.

“Selain itu, baru-baru ini kami memperkenalkan kad kredit pulangan tunai baharu untuk ahli yang mahu mendapatkan ganjaran lebih cepat dalam bentuk pulangan tunai dan bukannya mata ganjaran,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: