X

Kindly register in order to view this article
!

Peluang terbaik berinfaq, wakaf, sedekah

Hussamuddin pada program Wacana al-Quran bertajuk 1,001 Idea Infaq pada Isnin.
A
A
SHAH ALAM - Umat Islam kini sedang diuji dengan kemunculan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub bagaimanapun berkata, di sebalik perkara itu, ALLAH SWT mahu memberi peluang kepada umat Islam memperbetulkan perkara yang selama ini mungkin mereka lupakan.

Menurutnya, antara peluang terbaik untuk memperbetulkannya adalah dengan berinfaq, berwakaf dan bersedekah.

“Dahulu kalau kita hendak bersedekah, nak tolong, tidak ramai orang miskin. Jarang-jarang sekali kita tengok.

“Tapi sekarang dengan Covid-19 lebih setahun ini, kita tengok ramai orang miskin, ramai orang lapar,” katanya pada program Wacana al-Quran bertajuk 1,001 Idea Infaq pada Isnin.

Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail selaku moderator.

Hussamuddin yang merupakan Pengasas WUIF berkata, terdapat pelbagai cara untuk berinfaq, berwakaf dan bersedekah.

“Contohnya, ahli perniagaan jika dahulu sebelum Covid-19 dia berjaya tetapi kerana Covid-19, dia tidak boleh menjalankan perniagaan dan mempunyai stok yang banyak.

“Mungkin dia boleh mewakafkan stoknya. Kalau ada tempat untuk dipasarkan, dia boleh memberikan kepada orang yang mahu memasarkan stoknya. Jika tidak, stoknya itu hanya duduk di dalam stor,” katanya.

Beliau berkata, sebuah bangsa yang kuat adalah kerana ekonominya kuat dan untuk memulihkan ekonomi, konsep wakaf yang ada boleh digunakan.

“Kita kena cairkan aset-aset berkenaan untuk digunakan bagi membantu ummah dan ummah menjadi kuat.

"Kita berharap suatu hari nanti ada bank wakaf dan hospital wakaf tetapi kita kena bermula daripada perkara kecil dahulu,” jelas beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!