X

Kindly register in order to view this article
!

Ingkar SOP: Empat kilang, 27 premis perniagaan diarah tutup

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 31 premis membabitkan empat kilang dan 27 premis perniagaan diarahkan ditutup pada Ahad kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 74,561 pemeriksaan dan ‘snap check’ di seluruh negara membabitkan 18,894 anggota penguat kuasa.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,819 buah kilang, 13,797 premis perniagaan, 702 tapak pembinaan dan 198 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 438 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP pada Ahad dengan 434 daripadanya dikompaun manakala empat lagi direman.

Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan semalam menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima buah kenderaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!