Mayat lelaki pakai gelang putih terapung di sungai

Anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membawa mayat yang ditemukan terapung di Sungai Terenganu dekat Kg Banggol Cempedak ke kawasan daratan. Foto: Ihsan JBPM
Anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membawa mayat yang ditemukan terapung di Sungai Terenganu dekat Kg Banggol Cempedak ke kawasan daratan. Foto: Ihsan JBPM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang lelaki memakai gelang putih ditemukan terapung di Sungai Terengganu dekat Kampung Banggol Cempedak di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat dipercayai lelaki dewasa itu berada pada kedudukan 50 meter dari kawasan darat ketika dijumpai.

Katanya, pihak bomba mengerahkan enam anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 2.37 petang.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat gelang putih pada mayat itu.

"Sebagai langkah waspada dalam tempoh pandemik Covid-19, pasukan bomba yang bertugas bersiap sedia dengan memakai peralatan lengkap dan selamat sehingga operasi selesai," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.

Dalam pada itu, katanya, pihak bomba percaya mayat itu berada di dalam air lebih dua hari berdasarkan keadaan fizikal yang sudah kembung.

Rozizah berkata, mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: