Pegawai tadbir PBT ditahan SPRM disyaki terima rasuah lebih RM30,000

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai tadbir di sebuah majlis perbandaran ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang suapan berjumlah lebih RM30,000.

Menurut sumber, suspek menerima suapan berkenaan sebagai balasan untuk mengesahkan perakuan siap kerja untuk kerja-kerja pelupusan sampah.

"Suspek dipercayai menerima suapan berjumlah lebih RM30,000 daripada seorang pengarah syarikat secara berperingkat menerusi pembayaran cek pada tahun 2014.

"Ia diterima sebagai balasan untuk mengesahkan perakuan siap kerja pelupusan sampah sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan seperti ditetapkan dalam kontrak perjanjian," katanya pada Isnin.

Katanya, suspek yang berusia 45 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang hari ini (Isnin) selepas hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 Shah Alam, Selangor pada jam 8.30 pagi esok (Selasa).

Artikel Berkaitan: