X

Kindly register in order to view this article
!

Mentaliti 'salahkan orang' punca lonjakan Covid-19 di Selangor

Hilman Idham
A
A

GOMBAK - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi punca lonjakan kes Covid-19 di Selangor.

Hilman berkata, mentaliti terus menyalahkan orang demi kepentingan politik antara punca masalah Covid-19 di Selangor tidak dapat ditangani dengan baik.

Justeru, beliau mengesyorkan, kerajaan negeri membubarkan Task Force Covid-19 Selangor dan mengikut arahan ditetapkan kerajaan Pusat.

"Bubar Task Force Covid-19 Selangor. Jalinkan kerjasama konstruktif dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk banteras Covid-19.

"Batalkan sahaja SeLangkah dan gunakan MySejahtera untuk pengesanan kontak yang lebih efektif dan pantas. Buat apa nak pening-pening ada banyak kod QR, satu dah cukup dan efisien," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program Selangor Vaksin (Selvax) juga perlu dibatalkan kerana seluruh negara mengguna pakai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui MySejahtera.

"Tak perlu jual vaksin atau mengaut keuntungan, sebaliknya fokus kepada usaha meningkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada rakyat kerana itu lebih utama.

"Jika kerjasama erat antara Persekutuan dan negeri dapat dilaksanakan maka kerajaan negeri tidak perlu peruntuk RM10 juta untuk program saringan percuma," katanya.

Sebaliknya, Hilman berkata, wang tersebut boleh digunakan untuk laksanakan lebih banyak program membela dan menyantuni kebajikan rakyat Selangor.

Anwar pada sidang Dewan Rakyat pada Isnin dilaporkan berkata, prestasi bekas Menteri Besar Selangor, (Mohamed Azmin) yang 'karut' menjadi sebab Selangor menghadapi masalah (lonjakan Covid-19) sekarang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!