Dakwaan 'pintu belakang': Azmin bertikam lidah dengan Anwar

Azmin, Anwar
Azmin, Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bertukar 'panas' selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggunakan kaedah 'pintu belakang' untuk membenarkan sektor industri beroperasi ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dakwaan itu mencetuskan bantahan daripada menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mencelah dan mematahkan dakwaan Anwar.

"Kita ada pertimbangan keperluan menjaga kesihatan dan pemulihan ekonomi... oleh demikian ada usul daripada SME.

"Kita harus jaga patuhi SOP (prosedur operasi standard), di antara malapetaka kita hadapi baru-baru ini. MITI bagi urusan 'pintu belakang' kepada siapa sahaja, akhirnya kluster yang besar termasuk kluster kilang. TPM (Timbalan Perdana Menteri) boleh sahkan," dakwa Anwar dalam sesi petang Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula di sini pada Isnin.

Mohamed Azmin bangun dan menjelaskan jawapan kepada dakwaan itu.

"Fakta tidak betul. Saya nak minta penjelasan daripada Port Dickson. Saya minta Ketua Pembangkang masa bercakap biar guna fakta, guna data yang betul.

"Saya ada data, bahawa sektor pembuatan bukan penyumbang utama. Daripada 1 Jun sehingga 23 Julai, kluster pembuatan hanya (merekodkan) 35,000 iaitu hanya 8.4 peratus," tegas Azmin.

Kedua pemimpin itu berterusan bertikam lidah sebelum ditenangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon. - Awani

Artikel Berkaitan: