Hospital khas Covid-19 mula operasi di Mandalay, Myanmar

Foto The Myanmar Times
Foto The Myanmar Times
A
A
A

MANDALAY - Hospital khas Covid-19 yang dirancang dan dibina institusi Myanmar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengumpulan Dana Bantuan Kesihatan Awam dan Pembangunan Bandar Mandalay di Chanmyathazi Township Mandalay, Myanmar mula menerima pesakit pada Isnin.

Hospital yang dibina atas penyelarasan Konsulat Awam China di Mandalay ini mempunyai 204 buah katil dan dilengkapi kemudahan perubatan, 64 buah mesin eletrokardiograf, 12 unit alat bantuan pernafasan dan katil khas yang disumbangkan Kunming, wilayah Yunnan China.

Pada 23 Julai lalu, Konsul China, Chen Chen mewakili Konsulat Awam China serta syarikat China di Myanmar menyumbang MMK 100 juta (RM256,000) kepada hospital tersebut untuk membeli alat perubatan guna habis.

Ketika ini, keadaan pandemik Covid-19 di kawasan utara Myanmar semakin buruk dengan jumlah kes jangkitan terus meningkat.

Justeru, Konsulat Awam China menjalankan penyelarasan dan kerjasama dengan jabatan kerajaan dan tempatan kedua-dua negara untuk menghulurkan bahan-bahan perubatan yang diperlukan seperti peralatan oksigen. - Bernama

Artikel Berkaitan: