Tiada 'walk in' vaksin di Klinik Desa Kampung Kuantan

PKD Kuala Selangor memuat naik status berhubung mesej palsu kononnya orang ramai boleh mendapatkan suntikan Covid-19 secara terus atau 'walk in' di Klinik Desa Kampung Kuantan di sini pada Isnin.
PKD Kuala Selangor memuat naik status berhubung mesej palsu kononnya orang ramai boleh mendapatkan suntikan Covid-19 secara terus atau 'walk in' di Klinik Desa Kampung Kuantan di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor menafikan mesej kononnya orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara terus atau 'walk in' di Klinik Desa Kampung Kuantan di sini pada Isnin.

PKD Kuala Selangor dalam kenyataannya berkata, mesej tidak sahih itu tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

"Mohon kerjasama anda semua memberitahu rakan lain untuk melayari media rasmi bagi mendapatkan berita yang sah," kata kenyataan itu menerusi Facebook PKD Kuala Selangor pada Isnin.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 boleh dilakukan melalui tiga kaedah antaranya melalui aplikasi MySejatera.

"Selain itu, kaedah lain menerusi portal www.vaksincovid.com.my atau hubungi 1800-888-828.

"Sebarang pertanyaan mengenai vaksinasi Covid-19 di daerah Kuala Selangor boleh menghubungi talian 03-32812309 atau aplikasi WhatsApp di talian 013-8910041," katanya.

Sebelum itu, tular mesej menerusi aplikasi WhatsApp berhubung pemberian vaksin di Klinik Desa Kampung Kuantan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: