Polis lengkapkan siasatan kes amang seksual libatkan artis

No Image Caption
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes amang seksual melibatkan seorang artis lewat 80-an terhadap seorang remaja perempuan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan daripada doktor bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya.

"Kita turut merakam keterangan daripada individu yang mempunyai kaitan dengan mangsa serta suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Ahad, seorang artis lelaki lewat 80-an ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Rabu.

Menurutnya, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kerana menghidap penyakit jantung.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis lelaki 80-an disyaki lakukan amang seksual ditahan

Artikel Berkaitan: