X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang seperti kera mendapat bunga di Parlimen

Wan Saiful
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan ahli Parlimen pembangkang seperti kera mendapat bunga pada hari pertama sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata, belum sampai satu jam Parlimen bersidang, perangai ahli Parlimen pembangkang sudah terserlah.

“Pembangkang seperti tiada niat dan rancangan untuk membantu rakyat dan hanya tahu menjerit serta mengganggu usaha kerajaan membantu rakyat.

“Dulu sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH), mereka memotong dan menghapuskan banyak bantuan dan bila rakyat minta bantuan mereka kata kerajaan tak ada duit.

“Ingat lagi RM30 yang PH beri semasa kerajaan banyak duit tapi sekarang bila kewangan kerajaan terhad, apa agaknya berapa pula nak diberi ? RM30 lagi?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, ketika kerajaan membentangkan perancangan penuh untuk membantu rakyat tetapi pihak pembangkang masih mengganggu.

Jelasnya, Parlimen Khas perlu digunakan dengan baik untuk mendengar pembentangan kerajaan dan memberi cadangan tambahan untuk kebaikan rakyat.

“Kerajaan sudah membuka pintu untuk pihak pembangkang menyumbang dan sudah dipanggil ke sidang Parlimen. Kerajaan juga bersetuju melantik pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara malah peruntukan bantuan rakyat juga diberi kepada pihak pembangkang.

“Jika semuanya disambut baik dan PH tunjuk kesediaan bekerjasama dengan kerajaan dan memanfaatkannya untuk rakyat juga,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!