Doktor kontrak HSB sertai protes

Doktor kontrak bertegas dengan tuntutan mereka iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.
Doktor kontrak bertegas dengan tuntutan mereka iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Sekumpulan doktor bertaraf kontak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berkumpul di pekarangan hospital berkenaan jam 11 pagi pada Isnin sebagai tanda protes serentak di seluruh negara.

Jurucakap doktor kontrak HSB, Dr Ikbal Baharudin berkata, protes bertujuan menuntut hak gaji serta kebajikan sama rata seperti doktor tetap selain membolehkan mereka mendapat peluang menyambung pelajaran untuk menjadi pakar.

"Kita mahu sesuatu yang rasmi daripada kerajaan. Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan mengenai beberapa perkara berkaitan jawatan doktor kontrak.

"Itu hanya kenyataan media. Kami mahukan sesuatu yang rasmi, ada hitam putih sebagai jaminan," katanya ketika ditemui selepas gerakan berkenaan di perkarangan HSB.

Antara doktor kontrak di HSB yang berkumpul sertai protes hari ini..
Antara doktor kontrak di HSB yang berkumpul sertai protes hari ini..

Menurutnya, protes terbabit sepatutnya disertai oleh hampir 60 doktor kontrak lain namun ada antara mereka terikat dengan tugasan merawat pesakit di wad.

Artikel Berkaitan:

Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, keputusan yang dipersetujui kabinet itu sebagai langkah penyelesaian segera termasuk melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun.

Menurut beliau langkah itu bagi memastikan pegawai berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran mereka.

Bagaimanapun, kumpulan doktor kontrak tetap mahu meneruskan gerakan Hartal Doktor Kontrak kerana bertegas dengan tuntutannya, iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis melakukan pemantauan sepanjang protes berlangsung kira-kira lima minit dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.