Seorang maut, dua selamat nahas tiga kenderaan

Anggota bomba keluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Nissan Sentra. - Foto FB Friends of Bomba Bukit Angin Temerloh
Anggota bomba keluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Nissan Sentra. - Foto FB Friends of Bomba Bukit Angin Temerloh
A
A
A

TEMERLOH - Seorang maut manakala dua lagi selamat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Temerloh Triang-Kampung Lebak di sini pada Isnin.

Dalam kejadian membabitkan sebuah lori lima tan jenis Isuzu, kereta jenis Nissan Sentra dan pacuan empat roda jenis Isuzu D' Max itu mengakibatkan pemandu kereta iaitu Muhammad Fakhir Roslan, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalailuddin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.11 pagi.

Menurutnya, seorang pegawai dan lapan anggota BBP Bukit Angin bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti bergegas ke tempat kejadian.

"Seorang pemandu kereta Nissan Sentra tersepit di tempat duduk pemandu.

"Pasukan operasi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, dua lagi lelaki yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: