Protes lima minit di Hoshas

Pegawai perubatan kontrak berpakaian serba hitam sempena protes tersebut yang berlangsung secara serentak seluruh negara.
Pegawai perubatan kontrak berpakaian serba hitam sempena protes tersebut yang berlangsung secara serentak seluruh negara.
A
A
A

TEMERLOH - "Kami mahu tetap dan bukan kontrak," itu luahan 40 pegawai perubatan kontrak yang menyertai protes aman di ruang lobi utama di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( Hoshas) di Temerloh pada Isnin.

Ketika protes lima minit yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi di hospital itu, mereka berpakaian serba hitam dan memegang pelbagai sepanduk menyuarakan isi hati dengan harapan kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi.

Turut kelihatan anggota polis yang memantau di ruang lobi hospital terbabit.

Antara yang menyertai protes di ruang lobi utama Hoshas pada Isnin.
Antara yang menyertai protes di ruang lobi utama Hoshas pada Isnin.

Sementara itu wakil kumpulan di Hoshas yang hanya mahu dikenali Dr Ashraf memberitahu, protes yang berlangsung seluruh negara itu menepis persepsi terhadap pegawai perubatan yang sebelum ini dilihat kurang bersatu atas pelbagai halangan dihadapi sebelum ini.

Menurutnya, mereka hanya mahu kerajaan memenuhi dua tuntutan iaitu diserapkan sebagai kakitangan tetap selain ketelusan dalam pemilihan secara tetap selepas jawatan secara kontrak tamat.

Artikel Berkaitan:

Pegawai perubatan yang menyertai protes kira-kira lima minit di Hoshas pada Isnin.
Pegawai perubatan yang menyertai protes kira-kira lima minit di Hoshas pada Isnin.

"Memang ramai pegawai perubatan yang mahu bekerja secara tetap kerana peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lebih luas," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang sudah bertugas tiga tahun secara kontrak juga mendakwa ramai pegawai perubatan kontrak dari klinik kesihatan daerah itu sepatutnya menyertai protes tersebut namun mereka sedang menjalani kuarantin selain berdepan kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai Perubatan, Pergigian, Farmasi ditawar lantikan kontrak 2 tahun