Pendekatan bipartisan dalam MPN penting: Saifuddin

Saifuddin Abdullah - Foto Bernama
Saifuddin Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah percaya pendekatan bipartisan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) amat penting dalam usaha menghadapi pandemik itu secara holistik.

“Saya rasa pendekatan bipartisan ini penting pada masa-masa seperti ini dan saya percaya ia akan berjaya dan saya yakin. Saya menjangkakan pembangkang akan ikut serta,” katanya kepada media selepas melawat pusat media Parlimen di sini pada Isnin.

Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan pada 23 Julai berkata, untuk menjemput wakil daripada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta penglibatan pakar daripada pelbagai industri untuk menganggotai majlis tersebut.

Pakar berkenaan termasuk bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pengasas bersama AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan pakar penyakit berjangkit Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Pakar lain termasuk bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar, Presiden Persatuan PKS Malaysia Datuk Michael Kang, Dr Sivakumar Thurairajasingam dari Sekolah Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, aktivis hak asasi kanak-kanak Hartini Zainuddin, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Penasihat Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai.

MPN dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Bernama

Artikel Berkaitan: