Kopitiam Kita ringankan beban penduduk terjejas Covid-19

Nye Hua (tengah) dari Kopitiam Kita mengagihkan sumbangan makanan kepada 100 penduduk di sekitar bandar ini yang terjejas punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.
Nye Hua (tengah) dari Kopitiam Kita mengagihkan sumbangan makanan kepada 100 penduduk di sekitar bandar ini yang terjejas punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.
A
A
A

KOTA BHARU - Kopitiam Kita mengagihkan bantuan makanan kepada 100 penduduk di sekitar bandar ini yang terjejas punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Pemiliknya, Wong Nye Hua, 65 berkata, agihan makanan itu bertujuan meringankan beban golongan yang tidak dapat keluar bekerja sepanjang perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasal 2 ketika ini.

"Agihan ini merupakan tanda terima kasih kepada pelanggan yang menjadikan Kopitiam Kita sebagai lokasi utama untuk menikmati sarapan pagi.

"Sejujurnya kami turut merasai 'keperitan' yang dialami oleh golongan ini. Jadi hari ini kami hadir 'berkongsi' rezeki menerusi agihan makanan dengan tujuan memastikan dapur mereka terus berasap," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Menurutnya, Kopitiam Kita berharap bantuan itu dapat memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada penerima.

Katanya, agihan itu merupakan kesinambungan kepada sumbangan yang pernah dihulurkan kepada golongan kurang berkemampuan sebelum ini.

Sementara itu, Wan Mohamed Afathul Aqwa Wan Zuki, 13 berkata, dia berterima kasih di atas sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu dan bapanya yang 'hilang' punca pendapatan akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan: