X

Kindly register in order to view this article
!

DUN Kelantan bersidang secara fizikal 23 hingga 25 Ogos

Sidang DUN Kelantan akan diadakan secara bersemuka bermula 23 hingga 25 Ogos depan.
A
A

KOTA BHARU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan diadakan secara bersemuka bermula 23 hingga 25 Ogos depan, kata Speakernya, Datuk Abdullah Ya'kub.

Menurut beliau, surat pemakluman mengenai perkara tersebut sudah pun dihantar kepada kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat.

Beliau berkata, persidangan kali ini sudah dipersetujui untuk diadakan menggunakan kaedah secara fizikal atau bersemuka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Kesemua notis kepada wakil rakyat sudah pun dihantar pada minggu lepas mengenai persidangan ini.

"Pihak kerajaan negeri juga dimaklumkan kesemua 45 wakil rakyat yang akan terlibat dalam sidang itu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kali terakhir DUN Kelantan bersidang ialah pada 14 April 2020 dan hanya selama 45 minit, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!