Helikopter ambil nasi ganja ada kebenaran rentas negeri

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A
IPOH - [DIKEMAS KINI] Penerbangan Helikopter Bell 505 kendalian sebuah syarikat swasta yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan nasi ganja pada Jumaat lalu mempunyai permit rentas negeri bagi tujuan penyelenggaraan pesawat dikeluarkan polis Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu, hasil siasatan dan rakaman percakapan mereka yang terlibat.

Menurutnya, setakat ini, tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk telah selesai diambil keterangan berhubung perkara itu.

"Ketiga-tiga percakapan saksi ini telah dirakam pada hari ini (Isnin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, polis juga akan memanggil pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan.

"Siasatan dijalankan di bawah kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342," katanya.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa semakan dengan CAAM mendapati helikopter tersebut mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh.

Pada 23 Julai lalu, helikopter dikendalikan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 9.08 pagi dan dikesan mendarat di Padang Ipoh pada jam antara 9.55 hingga 10.15 pagi untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah dari sebuah restoran nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Kehadiran helikopter itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat.

ARTIKERL BERKAITAN: Penangan nasi ganja, ambil pesanan guna helikopter

Polis siasat helikopter rentas negeri ambil pesanan nasi ganja

Polis siasat helikopter rentas negeri ambil pesanan nasi ganja

Artikel Berkaitan: