X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 14,516 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan pada Isnin dengan jumlah kes 14,516 berbanding 17,045 kes direkodkan pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Isnin memaklumkan, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatatkan di negara ini ialah 1,027,954.

Beliau berkata, sebanyak 14,513 kes melibatkan kes tempatan manakala 11,480 kes melibatkan warganegara dan 3,033 bukan warganegara.

“Sebanyak tiga kes import dicatatkan membabitkan seorang warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, kes sembuh melibatkan 9,372 kes menjadikan keseluruhan kes itu sebanyak 853,913 kes.

Selain itu katanya, sebanyak 1,009 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 524.

Menurutnya, sebanyak 207 kes kematian dicatatkan pada Isnin sekali gus merupakan rekod tertinggi sejak wabak melanda.

“Sebanyak 184 kes kematian membabitkan warganegara dan 23 bukan warganegara," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 207 kematian pada Isnin melibatkan 57 kes di Selangor, Kuala Lumpur (52), Johor (24), Kedah (19), Melaka (18), Negeri Sembilan (14), Pahang (tujuh), Sabah (enam), Perak (lima), Pulau Pinang (tiga) dan dua kes di Terengganu.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kluster pula sebanyak 3,485 kluster dan yang aktif sebanyak 1,005.

“Jumlah kluster baharu sebanyak 33 dan jumlah kluster yang telah tamat 2,480 kluster,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Selangor terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,508 kes, Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160), Sabah (720), Perak (590), Negeri Sembilan (452) dan Pulau Pinang (402).

Katanya, Pahang merekodkan 386 kes, Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346), Terengganu (245), Putrajaya (94), Labuan (8) dan Perlis (2).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!