Laporan dakwa Saudi larang rakyat Palestin tunai haji palsu

Walid Abu Ali
Walid Abu Ali
A
A
A
KUALA LUMPUR - Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata laporan yang mendakwa Arab Saudi mengenakan larangan terhadap rakyat Palestin menunaikan haji dan umrah adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata pertemuan antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud baru-baru ini, membuktikan pendirian jelas antara kedua-dua negara dalam hal ini.

“Pendirian Arab Saudi mengenai keadilan isu Palestin tidak pernah berubah dan sangat jelas seperti terangnya matahari...perkara ini tidak betul dan jauh sama sekali benar.

“Arab Saudi mempercayai bahawa keamanan dan kestabilan rantau Timur Tengah tidak akan tercapai tanpa pengiktirafan negara Palestin sebagai berstatus negara penuh berdasarkan garisan sempadan 1967, dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya selepas sambutan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin di Kedutaan Palestin di Malaysia, di sini, Khamis.

Sebuah portal berita dalam talian berpangkalan di luar negara baru-baru ini mendakwa tindakan Arab Saudi itu adalah sebahagian dasar baharu Riyadh untuk menghentikan pemberian visa haji dan umrah kepada rakyat Palestin di Jordan, Lebanon, Baitulmaqdis serta Israel. - Bernama
Artikel Berkaitan: