Ambil tindakan tegas syarikat penghantar makanan naikkan caj

Muhamad Muqharabbin
Muhamad Muqharabbin
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap syarikat penghantar makanan yang saban hari menaikkan caj tanpa sedar kepada peniaga dan pelanggan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, semasa melihat aplikasi lama sesawang, harga yang dicaj kepada rakyat tidak masuk akal dan saban hari ada sahaja peningkatan harga tanpa disedari oleh pelanggan.

“Ya, memang kita boleh memilih sama ada mahu membeli ataupun tidak, tetapi waktu sekarang rakyat dikurung dan terpaksa duduk di rumah tidak boleh keluar membeli menyebabkan mereka terpaksa menggunakan khidmat penghantar,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, terdapat rungutan yang diterima pihaknya daripada peniaga di mana mereka tidak menyangka syarikat penghantar menaikkan harga mengikut kehendak syarikat melebihi 30 hingga 70 peratus harga makanan sebenar.

“Harga ini pula tidak termasuk kos penghantaran dan ditambah lagi caj cukai serta lain-lain,” katanya.

Muhamad Muqharabbin berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa syarikat penghantar akan mengurangkan bayaran penghantar dan sebagainya.

“Saya meminta agar pihak kerajaan dan pihak berwajib segera ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penghantar ini atau menarik lesen perniagaan mereka.

“Kesianlah pada rakyat, peniaga yang terpaksa ikut undang-undang syarikat tanpa boleh bersuara selain penghantar yang bertungkus lumus berkhidmat untuk syarikat terbabit,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: