AIA Malaysia buat pelaburan ekuiti minoriti dalam TNG

Ben Ng
Ben Ng
A
A
A

AIA Bhd (AIA Malaysia) akan membuat pelaburan ekuiti minoriti dalam TNG Digital Sdn Bhd, pemilik Touch ‘n Go eWallet, syarikat eDompet terbesar di Malaysia berikutan pembentukan jalinan kerjasama strategik jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Ben Ng berkata, syarikat insurans itu akan menyediakan penyelesaian insurans digital yang inovatif dan diperibadikan bagi memenuhi keperluan perlindungan lebih daripada 16 juta pelanggan Touch ‘n Go eWallet di seluruh negara.

Beliau berkata, menerusi teknologi insurans digital yang hebat dan efisien yang akan ditawarkan melalui jalinan kerjasama ini, AIA akan memberikan pengalaman yang mudah dan lancar kepada para pelanggan Touch ‘n Go eWallet untuk membeli, membuat tuntutan ataupun memperbaharui polisi.

"Kerjasama dengan rakan digital yang terbaik di pasaran memberi peluang kepada AIA untuk menawarkan pelanggan Touch ‘n Go eWallet penyelesaian insurans yang boleh dibeli secara langsung dalam talian dan melalui saluran pengedaran AIA yang sedia ada.

"Ini termasuk pasukan agensinya seramai 19,000 orang yang berkelayakan memberi nasihat dan panduan mengenai perlindungan insurans dan takaful yang lebih komprehensif," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: