Menteri jawab kritikan prototaip kereta terbang

Mohd Redzuan Md Yusof
Mohd Redzuan Md Yusof
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof membidas kritikan sesetengah pihak terhadapnya berkaitan isu kereta terbang yang dijangka dapat dilaksanakan tahun ini.

Menurutnya, kepakaran rakyat negara ini pelbagai sehingga tidak diketahui antaranya boleh digunakan untuk pembangunan negara.

“Ada beberapa orang pengkritik saya yang tanya soalan bukan-bukan contoh, hari ini banyak ditanya kepada Pak Wan kereta belum buat, nak cerita pasal kereta terbang.

“Kita tak tahu kepakaran orang (rakyat) kita banyak. Jika kita lihat hari ini global indeks, antara individu yang terlibat dalam industri menggunakan teknologi tinggi angkasa, orang Melayu muda.

“Jadi memang tidak mudah untuk lahirkan usahawan dalam kalangan orang Melayu, tetapi ramai antara mereka ada kepakaran yang boleh dibantu,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Sebelum ini, Mohd Redzuan menyatakan kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan di mana, prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini.

Dalam pada itu, terdapat ramai lagi anak Melayu yang berjaya di luar sana termasuk mereka bentuk dalaman kapal terbang.

“Dalam rekaan dalaman kapal terbang di Jepun, ada satu kumpulan Melayu yang membuat rekaan di Malaysia dan dieksport kepakaran mereka itu ke Jepun untuk digunakan menghasilkan satu kapal terbang.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kita tidak tahu kapal terbang itu direka bentuk dalaman oleh anak-anak Melayu sendiri,” katanya.