Tiada protes doktor kontrak di Kelantan

Tiada gerakan Hartal Doktor Kontrak dikesan berlaku di HRPZ II, Kota Bharu pada Isnin meskipun ia disebut sebagai salah satu lokasi yang akan berlaku protes berkenaan.
Tiada gerakan Hartal Doktor Kontrak dikesan berlaku di HRPZ II, Kota Bharu pada Isnin meskipun ia disebut sebagai salah satu lokasi yang akan berlaku protes berkenaan.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Gerakan Hartal Doktor Kontrak tidak berlaku di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Isnin walaupun dikatakan antara lokasi diadakan protes berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan lobi utama HRPZ II dan laluan utama masuk dikawal oleh anggota polis serta kakitangan keselamatan hospital berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, sebelum ini pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan terbabit berhubung perkara berkenaan.

"Saya yakin mereka (kumpulan doktor kontrak) akan memberikan khidmat terbaik di hospital seluruh negeri.

"Mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan tugas kerana dan akan merawat serta berusaha menyelamatkan pesakit," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di HRPZ II di sini.

2.Suasana di HRPZ II kelihatan tenang seperti hari biasa.
2.Suasana di HRPZ II kelihatan tenang seperti hari biasa.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 472 doktor kontrak yang sedang berkhidmat di hospital dan pusat kesihatan daerah seluruh Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, difahamkan kumpulan berkenaan tidak mempunyai cadangan mengadakan bantahan sebagaimana yang tersebar sebelum ini.

Dr Zaini berkata, pihaknya berharap isu itu tidak menggugat reputasi kumpulan doktor kontrak untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

"Saya telah meminta pengarah kesihatan di seluruh daerah mengenalpasti kumpulan ini dan saya percaya mereka akan melaksanakan tugas sebaik mungkin," katanya.

Sinar Harian 3 Julai lalu melaporkan Persatuan Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM) menggesa kerajaan menangani isu doktor kontrak dengan sebaik mungkin.

Pengerusinya, Sabarudin Abdul Rahman berkata, berdasarkan rekod yang ada sejak 2016, hanya 789 atau 3.4 peratus pegawai dilantik secara tetap manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak.

[LIVE] Protes Doktor Kontrak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota, Bharu, Kelantan

[LIVE] Protes Doktor Kontrak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota, Bharu, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Posted by Sinar Harian on Sunday, July 25, 2021