Sembilan pelancong maut akibat tanah runtuh di utara India

Kejadian berlaku di daerah Kinnaur, wilayah Himachal Pradesh, kira-kira 600 kilometer dari ibu negara New Delhi. - Foto Reuters
Kejadian berlaku di daerah Kinnaur, wilayah Himachal Pradesh, kira-kira 600 kilometer dari ibu negara New Delhi. - Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya sembilan pelancong terbunuh dan tiga yang lain cedera selepas bongkah batu menghempap kenderaan dinaiki mereka dalam satu kejadian tanah runtuh di utara India pada Ahad, lapor Agensi Berita Anadolu.

Kejadian berlaku di daerah Kinnaur, wilayah Himachal Pradesh, kira-kira 600 kilometer dari ibu negara New Delhi.

Ketua polis Kinnaur, Saju Ram Rana berkata, sembilan orang terkorban dalam kejadian itu.

Menurut laporan, ketika kejadian rombongan itu dalam perjalanan ke kawasan pelancongan Chitkul.

Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah dan mengumumkan pampasan buat keluarga mangsa, menurut Pejabat Perdana Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan: