Inter Milan tak akan lepaskan Lukaku

Lukaku - Foto The Telegraph
Lukaku - Foto The Telegraph
A
A
A

BIARPUN berdepan masalah kewangan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inter Milan, Beppe Marotta menegaskan bahawa penyerang utama skuad berkenaan, Romelu Lukaku tidak tersenarai sebagai antara pemain yang akan dijual kelab berkenaan bagi mengharungi saingan musim baharu Serie A nanti.

Menurut Marotta, penyerang kelahiran Belgium itu dilihat sebagai aset penting kelab berkenaan dan perlu terus beraksi bersama skuad The Nerazzuri itu bagi melakar lebih banyak kejayaan.

“Sekali lagi saya tegaskan, Lukaku (Romelu), tidak akan dijual pada musim panas ini. Dia adalah pemain penting bagi kami.

“Walaupun kami berdepan masalah kewangan ketika ini, namun kami tidak pernah memikirkan untuk melepaskan Lukaku.

“Oleh itu, pihak yang mahu mendapatkan khidmat pemain berkenaan diharap dapat melupakan hasrat berkenaan kerana dia tidak adakan dijual, mungkin untuk satu tempoh jangka panjang,” katanya.

Untuk rekod, Lukaku telah meledak 24 gol daripada 36 penampilan bersama skuad Nerrazurri itu musim lalu.

Selain membantu Inter Milan muncul juara Serie A, pemain berusia 28 tahun itu turut dilihat cemerlang membantu negara kelahirannya, Belgium dengan menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan perlawanan pada Euro 2020 baru-baru ini.

Sementara itu menurut Marotta, mengakui ada menerima tawaran daripada gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Chelsea dan Manchester City bagi mendapatkan khidmat Lukaku.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, Lukaku yang sebelum ini pernah beraksi dengan Manchester United sebelum berhijrah menyertai Inter Milan pada 2019, kini sudah mula serasi dengan saingan di Serie A.

“Sekali lagi saya tegaskan, sebagai aset Inter Milan, sudah pasti Lukaku tidak akan dilepaskan kerana dia juga adalah pemain penting bagi jurulatih kami, Simone Inzaghi.

“Kami akan terus mengekalkan khidmatnya di sini bagi membantu kami mencatatkan lebih banyak nanti,” katanya.kejayaan nanti,” katanya.