X

Kindly register in order to view this article
!

Eksesais TLDM-UKCSG 21 kukuh kerjasama pertahanan empat negara

Foto Twitter TLDM Rasmi
A
A

LUMUT - Eksesais bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21) melalui Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka, semalam, dapat mengukuhkan kerjasama pertahanan antara empat negara.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, eksesais berkenaan melibatkan tiga buah aset TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Jebat dan Helikopter Super Lynx manakala negara terlibat iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda turut menampilkan aset masing-masing bagi menjayakan eksesais tersebut.

“Ketumbukan UKCSG 21 pada kali ini pula terdiri dari empat buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada tiga negara tersebut.

“Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen. Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth, sebuah kapal pengangkut pesawat di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, TLDM berkata, selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut, TLDM turut mengalu-alukan eksesais seperti ini bagi meningkatkan persefahaman di lapangan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!