X

Kindly register in order to view this article
!

6 termasuk tiga penjawat awam ditahan SPRM kes bolot projek

SPRM menahan enam individu termasuk jurutera dan penolong ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.
A
A

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang jurutera daerah dan dua penolong jurutera di sebuah agensi pusat di Johor kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan kes bolot projek.

Menurut sumber, jurutera daerah dan dua penolong jurutera masing-masing berusia 38, 44 dan 31 tahun itu ditahan dalam satu operasi di sekitar negeri berkenaan pada awal pagi Ahad.

Tiga orang kontraktor yang disyaki terlibat turut ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa merasuah ketiga-tiga suspek bagi mendapatkan projek-projek ditawarkan oleh agensi berkenaan sejak tahun 2018.

SPRM menahan enam individu termasuk jurutera dan penolong ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.
SPRM menahan enam individu termasuk jurutera dan penolong ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.

Kontraktor terbabit berusia dari 31 hingga 44 tahun dipercayai mengawal 11 syarikat yang didaftarkan atas nama mereka dan juga proksi untuk membolot projek-projek agensi pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah tersebut.

Dianggarkan projek-projek dimonopoli juga mencecah jutaan ringgit sejak tahun 2018 hingga 2021.

Selain itu, menurut sumber, pelbagai bentuk suapan rasuah diberikan kepada ketiga-tiga suspek termasuk pakej percutian, wang tunai dan barang berharga termasuk sebuah bot.

Sementara itu, Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Keenam-enam suspek direman iaitu lima suspek direman tujuh hari bermula hari ini (Isnin) hingga 1 Ogos 2021 manakala seorang suspek direman lima hari bemula Isnin hingga 30 Julai 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!