Atlet diberi kelonggaran tanggal pelitup muka bergambar di podium

Atlet merakam gambar mereka di podium tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh 30 saat.- Foto Reuters
Atlet merakam gambar mereka di podium tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh 30 saat.- Foto Reuters
A
A
A

OLIMPIK Tokyo membenarkan atlet merakam gambar mereka di podium tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh 30 saat dengan mematuhi penjarakan fizikal dan bergambar berkumpulan dengan memakai pelitup muka.

Menurut Xinhua, memetik kenyataan akhbar Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berdasarkan Tokyo 2020 Playbooks dan nasihat saintifik, protokol upacara kemenangan telah disemak semula untuk membolehkan atlet merakamkan detik kejayaan dengan menampakkan riak dan emosi pada wajah.

Protokol baharu itu dilaksanakan mulai 25 Julai di semua gelanggang untuk tempoh beberapa hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: