X

Kindly register in order to view this article
!

Ikan ganjil ditangkap di Laut Barents

Ikan ganjil yang ditangkap oleh seorang nelayan Rusia di Laut Barents utara Rusia baru-baru ini. - Foto @rfedortsov-official_account_New
A
A

MOSCOW - Seorang nelayan Rusia berjaya menangkap sejumlah hidupan laut yang kelihatan ganjil di Laut Barents sebelum dia berkongsi gambar tersebut di media sosial baru-baru ini.

Terdapat ribuan misteri di dalam laut tersebut yang perlu diteroka.

Kadang-kadang ikan dan lain-lain material yang ditemui di dalam laut mengejutkan orang ramai.

Seorang nelayan Rusia, Ronan Fedortov, 39, berjaya menangkap satu koleksi ikan yang ganjil kadang-kadang pada kedalaman lebih 1,000 meter.

Seekor lagi ikan yang ditangkap oleh Ronan Fedortov, di Laut Barents utara Rusia. - Foto @rfedortsov-official_account_n
New
Seekor lagi ikan yang ditangkap oleh Ronan Fedortov, di Laut Barents utara Rusia. - Foto @rfedortsov-official_account_n New

Dia merasa teruja dengan hasil tangkapan ikan-ikan yang kelihatan seperti makhluk asing yang mirip dalam televisyen.

Nelayan itu banyak menghabiskan masa menangkap ikan di Laut Barents iaitu di pantai utara Rusia.

Namun, dia juga pergi ke tempat lain di dunia seperti Lautan Atlantik untuk menangkap ikan. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!