Covid-19: Sesetengah individu perlu suntikan ketiga vaksin

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A
WASHINGTON- Pakar kesihatan awam terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, individu yang imunitinya terjejas mungkin memerlukan suntikan tambahan vaksin Covid-19.

Kata Dr Fauci, dalam kalangan individu tersebut termasuk pesakit pemindahan organ dan kanser yang memerlukan suntikan ketiga vaksin susulan akan menjadi golongan berisiko.

Tambahnya, pegawai kesihatan sedang mempertimbangkan untuk menyemak semula garis panduan pemakaian pelitup muka terhadap penerima lengkap vaksin Covid-19.

Memetik kajian yang menunjukkan perlindungan berkurang ke atas penerima vaksin, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit (NIAID) itu berkata, pegawai kesihatan sedang mengkaji data untuk menentukan waktu sesuai suntikan tambahan vaksin diperlukan.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Israel melaporkan penurunan keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTrch dalam mencegah jangkitan dan kes simptomatik.

Namun ia menyatakan vaksin berkenaan berkesan mencegah pesakit Covid-19 menjadi kritikal.

Penurunan keberkesanan vaksin seiring peningkatan varian Delta yang menjadi dominan di Israel.

Israel kini memberikan dos ketiga vaksin kepada orang ramai bagi meningkatkan perlindungan termasuk mereka yang menjalani pemindahan jantung, paru-paru, hati, ginjal dan pesakit kanser yang menerima rawatan kemoterapi.

Kenaikan mendadak kes jangkitan berlaku di kawasan vaksinasi rendah seperti Florida, Texas dan Missouri yang menyumbang 40 peratus daripada semua kes baharu di seluruh Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan:

Suntikan vaksin di Amerika Syarikat sedang giat dilaksanakan bagi mempercepatkan imuniti kelompok dicapai dan mengelakkan penularan varian Delta. - Sumber Awani