Perlu kaedah kemas kini MySejahtera untuk rakyat di luar negara

Rakyat Malaysia terutama di Singapura yang sudah lengkap divaksin di luar negara perlu diberikan satu kaedah mengemas kini rekod vaksin mereka melalui MySejahtera dan dibekalkan dengan sijil digital. Gambar hiasan
Rakyat Malaysia terutama di Singapura yang sudah lengkap divaksin di luar negara perlu diberikan satu kaedah mengemas kini rekod vaksin mereka melalui MySejahtera dan dibekalkan dengan sijil digital. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat Malaysia terutama di Singapura yang sudah lengkap divaksin di luar negara perlu diberikan satu kaedah mengemas kini rekod vaksin mereka melalui MySejahtera dan dibekalkan dengan sijil digital.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, ketika ini terdapat ramai rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di Singapura akan divaksin sepenuhnya menggunakan vaksin Pfizer, Moderna atau Sinovac.

"Sekumpulan kecil mereka merupakan pemandu lori yang menghantar barangan setiap hari ke Singapura. Pemandu lori ini atas sikap muhibah kerajaan Singapura telah diberikan vaksin ketika Malaysia masih berada dalam fasa satu Program Imunisasi Kebangsaan.

"Saya meminta menteri yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJV), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya mereka yang sudah divaksin sepenuhnya di luar negara boleh mengemas kini rekod vaksin mereka melalui MySejahtera dan dibekalkan dengan sijil digital.

"Fungsi ini harus disediakan untuk semua rakyat Malaysia yang sudah divaksin di mana-mana negara, di mana vasin yang diterima mereka juga tersenarai dalam senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, terdapat golongan yang sudah divaksin sepenuhnya di luar negara sama ada menetap atau merancang untuk balik ke Malaysia tidak lama lagi tetapi tidak dapat mengemas kini rekod vaksinasi melalui MySejahtera.

Artikel Berkaitan: