Makanan percuma setiap Jumaat!

Ahli Macma Muar memberi bungkusan makanan kepada asnaf sempena projek Rezeki Asnaf setiap Jumaat.
Ahli Macma Muar memberi bungkusan makanan kepada asnaf sempena projek Rezeki Asnaf setiap Jumaat.
A
A
A

MUAR - Bagi membantu mereka kurang berkemampuan, Restoran Masakan Cina Muslim Haji Sharin Low dengan kerjasama Pusat Komuniti Persatuan Muslim Cina Malaysia (Macma) Muar mengadakan Projek Rezeki Asnaf pada setiap Jumaat.

Pengerusi Macma Muar, Edi Tan Abdullah yang juga penyelia restoran bagi cawangan daerah ini berkata, projek itu membantu golongan kurang berkemampuan dengan mengagihkan bungkusan makanan secara terbuka.

Menurutnya, pada setiap Jumaat, semua individu yang memerlukan dipelawa hadir ke Restoran Masakan Cina Muslim Haji Sharin Low sebelum masuk waktu solat Jumaat.

“Kita akan sediakan minima 30 bungkus makanan berlauk dan kalau sesiapa yang tergolong dalam kumpulan asnaf boleh sahaja datang dan ambil makanan di sini.

“Jika ada bungkusan lebih, kita akan edarkan kepada individu di sekitar bandar ini mana yang kita lihat dalam keadaan susah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, jumlah bungkusan makanan pada satu-satu masa adalah tidak menentu bergantung kepada jumlah penyumbang.

“Buat masa ini, kita dah berjaya laksanakan dua kali yang mana jika tiada penyumbang, kami peruntukan 30 bungkus. Tapi jika ada hamba ALLAH yang nak sertai minggu itu, jadi jumlah bungkusan ditingkatkan mungkin sampai 100 pek,” katanya.

Justeru, Edi Tan mengajak seberapa ramai asnaf mahupun ibu tunggal yang berpendapatan terhad untuk hadir sahaja dengan mengambil bungkusan makanan percuma yang disediakan pada setiap Jumaat.

Artikel Berkaitan: